Isnin, 4 November 2013

Selamat bertemu kembali....

 Assalamu alaikum,
Setelah beberapa musim berlalu ruangan ini tidak dapat dikemaskini, kini kita bersua kembali di ruang siber, dengan pengendalian daripada pihak Admin baru. Mudah-mudahan ia dapat berjalan lancar.
Walau bagaimanapun, pihak kami masih dalam keadaan "Belajar bertatih..." untuk mengendalikan ruangan ini. Kami sedang berusaha untuk menghidupkan kembali ruangan "Kuliah Maghrib Online" untuk kuliah-kuliah terpilih, menyebarluas maklumat-maklumat dan berita-berita semasa dan seumpamanya yang dijalankan oleh pihak Masjid Jamek An-Najah. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Kami juga mengharapkan pandangan dan teguran membina daripada para pengunjung untuk menambahbaik laman blog ini. Sebarang maklum balas dan pandangan, bolehlah diajukan kepada kami melalui e-mail : jamekannajah@gmail.com

Sekian untuk kali ini.